antara cerita2 yg dibawakan dalam diang dangan ini memang banyak.cerita2 yang hendak dibawakan itu pula adalah mengikut kehendak orang ramaiyang mahu mendengarnya.ahli cerita terpaksa patoh dengan kehendak orang ramai itu jika ia benar2 tahu akan cerita yang di kehendaki itu.
diantara cerita2 yang selalu di bawakan dalam diang dangan itu adalah:
(1) Si marcu gunong
(2) Wang radin jaya
(3) Si gandam baras
Secara lazimnya diang dangan ini dibawakan semasa hari2 keramaian seperti hari perkahwinan dan hati melepas niat.ianya menarik minat pendengar mengikutinya dari mula sampai akhir.
hal ini banyak tergantong kepada ahli2 cerita;ahli2 cerita yang pandai dan mahor akan mengaolahkan cerita-ceritanya mengikut selera orang ramai.seorang yang bercerita yang bijak adalah seorang yang pandai berkelakar.ini ternyata apabila ia menceritakan kecantikan seorang puteri,misalnya yang tiada tolok bandingnya pada zaman itu sehingga para pendengar merasa yang puteri itu benar2 ada dan menjadi idaman pula kepada mereka.keinginan yang ditenggelamkan oleh alam fantasi ahli cerita itulah menyebabkankebangyakan para pendengar begitu khusyuk terhadap babak2 yang mereka dalam cerita itu.....
seorang pencerita itu yang pandai berkelakar suka sekali memasokkan perkara2 lucu dan cabul dalam ceritanya itu.dengan kelucuan itu dapat mendatangakan kemarahan kepada pendengar menjadi satu kepuasan yang menggelikan hati pula.dengan menambahkan kata2 lucu pada tempat tertentu,para pendengar akan merasa tidak jemu dan mengantok...
menarek atau tidak cerita yang disampaikan oleh pencerita itu tertaklok kepada kebijaksanaan kepada si pencerita itu,para pendengar akan merasa sedih jida cerita itu membayangkan kesedihan dan para pendengar juga akan ketawa berdekah2 jika cerita itu menggambarkan kelucuan dan kegembiraan,bak kata urang tua2 dulunya "inda karing gusi".....
tujuan kaola saya menyebarkan artikel ini kerana budaya diangdangan telah pupus ditelan zaman dan untuk memberi maklumat kepada para semua pengunjung blogspot saya ini...
"semoga budaya kitani tidak akan pupus ditelan zaman!!!!!"
1 comment:
Terima Kasih Sahabat, Semoga Diangdangan tidak pupus ditelan zaman...
Post a Comment